Sabtu, 31 Januari 2009

pedomanku

Pedomanku
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

lelaki beriman semakin pupus


Baru-baru ni kawanku mengenalkan diriku pada seseorang. Aku tak kenal siapa orang tuh. Kalau dari cerita kwnku, laki tuh adalah kenalan dia yang bekerja sebagai polis. Laki tuh minta dikenalkan pada puan yang bertudung dan alim. Kunun2 nak cari pasangan hiduplah ceritanya. Si kwn pehati disekitar, aku ni lah yang paling suai orangnya dari segi kreteria pilihan laki tuh. Dijadikan cerita…. Si laki ni mintalah no. hp ku tanpa pengetahuanku. Bermulalah sms bertanya2 kabar dan niat dihati nak berkenalan. Aku tak kisah jika nak tambah kenalan dan nak mengenali diriku. Tapi aku semakin tak sedap hati bila laki tuh call jam 1.30am masa aku tengah tido. Bila ditanya napa call lewat malam, ada apa2 nak ditolong? Dijawab tak ada apa2, sekadar nak sembang2 dan Tanya kabar. Aduhhhh…. Lewat malam nak sembang2 plak. Sekali lagi aku terkejut bila dia nak jumpa aku pada masa tuh. Biar betul laki ni, nak buat apa jumpa lewat2 malam. Macamlah tak ada hari siang. Bila aku menolak, dia memaksa plak berkali2 nak jugak jumpa. Sampai aku meninggi suara dengan cakap “kau dah salah orang, aku bukan puan jenis kuar lewat2 malam ni, sorrylah…. Ok, salam…” terdiam dia bila aku cakap mcm tuh. Kita perlu bertegas bila sesuatu benda kita dipaksa tapi hati kita tak merelakan, lebih2 lagi dah tau maksiat pasti menyusul jika kaki ni melangkah kuar. Lastly, dia off hp. Aku terdiam seketika… inikah generasi lelaki zaman sekarang! Bekerja baik, nak pasangan yang baik, bertudung dan alim tapi diri sendiri miskin aqidah dan akhlak. Andai diri beriman, tak mungkin berani mengajak puan kuar slewat itu, untuk apa nak jumpa masa jam sebegitu??

Persoalan dikepalaku masa tuh, napa laki nak cari pasangan yang baik, bertudung dan beriman sedangkan diri sendiri masih dalam kegelapan. Malah nak menyalurkan kegelapan itu pada insan lain. Sebelum inginkan sesuatu, ukurlah dulu diri sendiri, tak perlu “rosakkan aqidah dan akhlak” puan yang masih terpelihara. Apa yang diperolehi andai berjaya rosakkan aqidah puan tuh? Bangga?? Puas??

Inilah kejahilan yang mengkaburi mata, disebalik hati ada tersembunyi dosa dan noda. Kalau di Gaza kejahilan Izrael dilihat didepan mata dengan jelas, tapi ditempat kita ni kejahilan tersembunyi didalam hati. Ke mana menghilang lelaki beriman? Semakin pupus seiring dengan dunia yang semakin tua dan usang. Aku taklah waraq dan tak layak dicakap alim, Cuma masih tau DOSA dan PAHALA. Sunnatullah masih diikuti dengan baik. Biar kita miskin harta, tapi jangan kita miskin aqidah dan akhlak. Itulah “ukuran peribadi” kita dimata orang dan disisi-NYA. Tak perlu “rosakkan” orang lain, tak ada faedahnya… jagalah aqidah dan akhlak diri sendiri dan bimbinglah orang lain bukan merosakkannya… WallahuAlam

cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

berikan cintamu


Berikan Cintamu by Rose Harissa(novel sulung Rose harissa)"Tiada ucapan, tiada tulisan... yang ada hanya perasaan"cerita cinta yang biasa tapi diolah dgn baik oleh penulis dgn memasukkan pergolakan dlm cinta, melibatkan kepercayaan, komunikasi, kawan yang makan kawan, kawan yang setia, seorang kekasih yang teguh cintanya hingga membutakan mata hatinya utk menerima cinta baru yang jauh lebih baik, orang sekeliling yang mudah menerima fitnah, keluarga yang penuh kasih sayang, keluarga yang penuh pergolakan, *apa lagi ek? (garu idung)* hmm hasad dengki, sakit hati, balas dendam, cemburu kata2 nasihat dari seseorang yg benar2 mengambil berat, siap disulam dengan tafsiran al-Quran dan petikan hadis. yg penting, ending dia besT!!! hehewatak utama adalah Eza Nylea yg dah lama bercinta dgn Rizal. Dia amat setia pada Rizal tapi Rizal jarang2 bertemu dgnnya dgn alasan dia di Puchung, Eza di Johor. Semasa Rizal mungkir janji, Eza bertemu Azalan di Pantai Lido yg membawa kpd ikatan persahabatan yg akrab. Hati Azalan tercuit tapi Eza masih setia pada Rizal namun Azalan tetap sahabatnya. Di rumah Eza menghadapi Syella, manusia yg busuk hatinya, sanggup memburukkan Eza asalkan dia dipandang tinggi oleh orang lain dan Eza dipandang sehina-hinanya. mulanya cemuhan di belakang lama2 bersemuka hingga memaksa Eza meninggalkan rumah sewanya dan kembali ke pangkuan keluarga. Perkenalan dgn makwe abg Amirnya, Dayana, membawa Eza ke kuala lumpur, mendekatkan jaraknya dengan Rizal dan menjauhkan jaraknya dgn Azalan.Amir dan Azalan bersahabat di luar negara. Kembalinya Azalan merapatkan kembali persahabatan mereka, tambah2 Azalan merupakan tempat Eza mengadu setiap kali Rizal mengecewakan dan mengabaikannya. Masalah di tempat kerja pon diadukan kepada Azalan yg setia mendengar. Rizal sering memberi alasan tidak bersedia utk menjadi tunangan orang, inikah pula suami.Eza sudah ada perasaan pada Azalan tapi disembunyikan kerana dia terus meyakinkan dirinya bahawa Rizal adalah cinta hatinya walaupun dia tak pernah dihargai. Tak sangka watak syella muncul semula, kali ni di tempat kerja Eza. kali ni dia jadi talam dua muka, berbaik dngan Eza tapi di belakang menyebarkan fitnah dahsyat ke atas Eza. Eza dituduh bertukar pasangan, jahat dan sudah hilang kehormatan diri. Semuanya diadukan kepada Azalan tapi Rizal lebih percayakan Syella. Kepercayaan Azalan pada Eza memang sgt tinggi, Syella yang bijak memutar kata tu pun tension kerana tak dapat mempengaruh Azalan supaya turut membenci Eza. Syella ni jeles kat Eza sbb dia lebih cantik dari Eza tapi orang lebih sukakan eza daripada dirinya. memang sakit hatila watak Syella ni, tu yang best baca tu. :) Eza memang frust abih dgn Rizal dan nekad nak putuskan hubungan, masa dia nak luahkan perasaan kat Azalan, Azalan pulak dah bertemu kembali dengan cinta pertamanya dan berniat utk berkahwin tak lama lagi. Rizal yg sudah tahu citer sebenar pergi berjumpa ibu bapa Eza meminta kebenaran utk masuk meminang. Eza sudah bosan dgn Rizal, lagipun mak Rizal tak sukakan dia. Eza pasrah dan menyuruh ibu bapanya menerima saja pinangan sapa2, sepupunya yg gatal tu pun tak pa. dia dah tak kisah lagi sbb Azalan pon dah nak kawin ngan orang lain. Eza hampir pengsan bila melihat lelaki yg sedang melafazkan akad di hadapan bapanya...sure fine whateverRinnTerbitan Alaf 21 Sendirian BerhadSinopsis belakang buku:Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya? Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang. Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. "Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"sinopsis di website alaf:Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya. Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?RM 19.90512 mukasurat